Entri ke Arba'ah


::Assalamualaikum::

Pejam celik pejam celik tinggal lagi satu entri untuk aku siapkan semua tugasan. Alhamdulillah. Berjaya jugak. Untuk paper work aku hari tue sudah diterima. Tak sangka plak dalam aku sempat tukar tajuk last minute pun masih diterima. 

Kali nie tugas kami semua adalah perlu siapkan full manuskrip berserta semua entri-entri blog. Aku tulis entri nie lambat bukan apa. Line dekat sini semput sangat. Malas nak tunggu lama-lama aku postpone la. Bila dan postpone bertimbun la kerja aku. So berbalik kepada tajuk assignment aku, dah banyak melalut dah nie.

Dalam assignment aku kali nie,aku ada senaraikan kepentingan kesetiaan rakyat nie kepada negara,ciri-ciri rakyat yang setia dan kesan buruk jika tiada kesetiaan dalam diri masyarakat. Serius aku cakap, assignment nie betul-betul buka mata aku tentang kepentingan kesetiaan kepada negara aman nie. Tambah-tambah aku sekarang dah banyak sangat didedahkan dengan politik dan isu luar negara.

Paling menarik perhatian aku, baru-baru nie aku ada join seminar yang bertajuk "menentang pengganas". Memang menarik sangat. Dalam tue ada menunjukkan tentang kesan menjadi pengganas dan macam-macam la berkaitan dengan pengganas. Video pon ada tunjuk. Ngeri sangat-sangat. So boleh aku rumuskan dekat sini kesetiaan kepada adalah penting. Lebih-lebih lagi terhadap bangsa dan negara. 

Aku kena submit tugasan nie 22 hb, aku exam plak 20 hb....pack gila. Assignment aku yang lain pon tak siap lagi. Study untuk final pon tak start lagi. Ha nie la bahagianya menjadi pelajar universiti. Apa-apa pon aku akan try la aturkan masa untuk siapkan semua nie dengan baik. InsyaAllah..:). Wait for my last entri..:)

~daa~

No comments:

Post a Comment