~salam~
Sudah tiba masanya aku menulis entri ketiga blog nie. Sebenarnya aku kena siapkan waktu cuti hari tue. Tapi biasa la. Dah dapat cuti nie mesti la nak honeymoon je.
Untuk tugas kami kali nie, kami ditugaskan menyiapkan entri blog ketiga, tesis (pendahuluan) , dan kajian ilmiah. Sebelum nie assignment aku bertajuk "kesetiaan rakyat pemangkin perpaduan". Dah diterima tapi bila aku cuba cari isi susah pulak so aku tukar sikit tajuk dia kepada "kesetiaan rakyat pemangkin keamanan negara". Tapi untuk tajuk nie aku xserah lagi dekat lecture aku. Hope xkena tolak la.
Sejak dua menjak nie aku sering didedahkan dengan perkara berkaitan perpaduan. So benda-benda nie banyak bantu aku untuk siapkan assignment nie. Lagipun kita sebagai rakyat pun patut tahu benda berkaitan dengan keamanan. So sebelum nie aku ada cakap aku berkampung dekat perpustakaan rumah akukan? Hmm boleh tahan la berkhemah dekat perpustakaan nie. Maklumat yang aku cari kebanyakannya untuk siapkan assignment "perpaduan kaum" dan "peristiwa 13 mei 1969". Dari situ aku rumuskan bahawa kesetiaan nie wujud dalam setiap usaha kita nak mengekalkan perpaduan kaum.
Bila kita kaji balik sejarah bukan sahaja negara kita malah di negara luar jugak keamanan mesti akan dikaitkan dengan kesetiaan. Tak kira la untuk negara ke, untuk pemerintah ke, untuk agama ke mahupun untuk diri sendiri. So ternyata di sini KESETIAAN amatlah penting dari segala aspek kehidupan harian kita. :)
~daa~