Yang Terakhir


::Assalamualaikum::

Akhirnya,aku berjaya jugak siapkan semua tugasan Pengantar Penulisan nie. Seharian aku buat. Nasib baik kelas cancel. Habis je kelas aku siap-siap mandi terus mengadap laptop. Dari pukul 3.00 petang sampai 10.00 malam. Makan pon dah tunggang terbalik dah.

So ini adalah entri terakhir aku buat untuk semester ini. Ini pon sebenarnya salah satu assignment aku jugak. So perjalanan terakhir aku dalam menyiapkan tugasan ini ialah kesukaran mencari bahan rujukan. Dalam tugasan ini aku dah include 7 rujukan. So aku bukan seorang plagiat ok :). Ha semalam Cik Kema sampai kena tidur bilik aku la sebab temankan aku buat assignment nie. Pukul 2 pagi baru tido sebab minum kopi. Overall kerja kami dua dah settle la.

Bahan yang aku cari banyak yang aku peroleh dari buku rujukan seperti buku kenegaraan dan hubungan etnik. Ye la, memang tajuk aku pon dalam bidang tue. So hari ni aku nak tunjuk dulu dekat Lecturer aku. Hopefully dia terima la. Nak dijadikan cerita,time kenegaraan aku ditayangkan dengan video-video tentang Bukit Kepung, Darurat dan Gerakan Al-Ma'unah. Semua nie banyak la yang aku gunakan dalam nak siapkan tugasan kali nie. Sebelum nie jugak aku ada join program LESTARI bawah HEP. Program nie berasaskan politik jugak, banyak maklumat yang aku dapat dan aku boleh gunakan dalam tugasan nie.

Mula-mula aku ingat aku xmampu nak siapkan sampai 2500 patah perkataan. Ye la, STPM dulu pon 700 patah perkataan pon merangkak. Niekan pula 2500. Aku ingat samapi 1000 lebih je. Tapi bila dah topup sikit isi-isi yang sedia ada. Cukup pulak. Bila aku sendiri baca macam mengarut je. Tapi tak tau la kalau ok. Ye la, jiwa penulis nie mana pernah puas dengan apa yang dia buatkan. So total semua kertas kerja aku ialah 11 pages with 2580 words. Unbelieveable!!!!! :)

~daaaaaaaaaaaaaa~

Entri ke Arba'ah


::Assalamualaikum::

Pejam celik pejam celik tinggal lagi satu entri untuk aku siapkan semua tugasan. Alhamdulillah. Berjaya jugak. Untuk paper work aku hari tue sudah diterima. Tak sangka plak dalam aku sempat tukar tajuk last minute pun masih diterima. 

Kali nie tugas kami semua adalah perlu siapkan full manuskrip berserta semua entri-entri blog. Aku tulis entri nie lambat bukan apa. Line dekat sini semput sangat. Malas nak tunggu lama-lama aku postpone la. Bila dan postpone bertimbun la kerja aku. So berbalik kepada tajuk assignment aku, dah banyak melalut dah nie.

Dalam assignment aku kali nie,aku ada senaraikan kepentingan kesetiaan rakyat nie kepada negara,ciri-ciri rakyat yang setia dan kesan buruk jika tiada kesetiaan dalam diri masyarakat. Serius aku cakap, assignment nie betul-betul buka mata aku tentang kepentingan kesetiaan kepada negara aman nie. Tambah-tambah aku sekarang dah banyak sangat didedahkan dengan politik dan isu luar negara.

Paling menarik perhatian aku, baru-baru nie aku ada join seminar yang bertajuk "menentang pengganas". Memang menarik sangat. Dalam tue ada menunjukkan tentang kesan menjadi pengganas dan macam-macam la berkaitan dengan pengganas. Video pon ada tunjuk. Ngeri sangat-sangat. So boleh aku rumuskan dekat sini kesetiaan kepada adalah penting. Lebih-lebih lagi terhadap bangsa dan negara. 

Aku kena submit tugasan nie 22 hb, aku exam plak 20 hb....pack gila. Assignment aku yang lain pon tak siap lagi. Study untuk final pon tak start lagi. Ha nie la bahagianya menjadi pelajar universiti. Apa-apa pon aku akan try la aturkan masa untuk siapkan semua nie dengan baik. InsyaAllah..:). Wait for my last entri..:)

~daa~

Entri ke tiga


~salam~

Sudah tiba masanya aku menulis entri ketiga blog nie. Sebenarnya aku kena siapkan waktu cuti hari tue. Tapi biasa la. Dah dapat cuti nie mesti la nak honeymoon je. 

Untuk tugas kami kali nie, kami ditugaskan menyiapkan entri blog ketiga, tesis (pendahuluan) , dan kajian ilmiah. Sebelum nie assignment aku bertajuk "kesetiaan rakyat pemangkin perpaduan". Dah diterima tapi bila aku cuba cari isi susah pulak so aku tukar sikit tajuk dia kepada "kesetiaan rakyat pemangkin keamanan negara". Tapi untuk tajuk nie aku xserah lagi dekat lecture aku. Hope xkena tolak la. 

Sejak dua menjak nie aku sering didedahkan dengan perkara berkaitan perpaduan. So benda-benda nie banyak bantu aku untuk siapkan assignment nie. Lagipun kita sebagai rakyat pun patut tahu benda berkaitan dengan keamanan. So sebelum nie aku ada cakap aku berkampung dekat perpustakaan rumah akukan? Hmm boleh tahan la berkhemah dekat perpustakaan nie. Maklumat yang aku cari kebanyakannya untuk siapkan assignment "perpaduan kaum" dan "peristiwa 13 mei 1969". Dari situ aku rumuskan bahawa kesetiaan nie wujud dalam setiap usaha kita nak mengekalkan perpaduan kaum. 


Bila kita kaji balik sejarah bukan sahaja negara kita malah di negara luar jugak keamanan mesti akan dikaitkan dengan kesetiaan. Tak kira la untuk negara ke, untuk pemerintah ke, untuk agama ke mahupun untuk diri sendiri.  So ternyata di sini KESETIAAN amatlah penting dari segala aspek kehidupan harian kita. :)

~daa~


Entri yang kedua

::Assalamualaikum::

Sebelum tu aku nak ucapkan selamat hari Raya Haji dan happy deepavali. Sekarang aku dah ada dekat rumah dah. Tapi cuti sekadar cuti je la. Asssignment punya la banyak. Lepas je cuti exam pulak. Tapi apa-apa pon normal la as a university student.

So hari nie aku nak story sikit mengenai kerja BM penulisan aku. Dua kali dah kerja aku kena tolak. Tapi akhirnya aku punya tajuk sudah diterima. Tapi tak per, walaupun ditolak benda nie untuk kebaikan aku jugak. Nak yang terbaik mesti la susahkan. So lepas cuti ni aku kena hantar draf BM penulisan pulak. Nampaknya aku kena berkampung la dekat perpustakaan dekat rumah aku. 

Harap-harap apa yang aku nak cari, aku jumpa la dekat perpustakaan nanti. So wish me luck!!!

~daa~

~Permulaannya~

::Assalamualaikum::

Sejak aku melangkah ke alam Universiti ni, macam-macam benda baru aku dah lalui. Ada yang seronok dan ada yang tidak. Memang betul orang kata. Universiti nie tak macam sekolah. Semua kena buat sendiri. Pembelajaran pun jadi semakin susah. Tambah-tambah kebanyakan semua benda dekat sini guna bahasa Inggeris. Akukan lemah sikit bab-bab ni.

Ok. Banyak sangat dah kot aku mengarut. Tujuan aku buat blog nie sebenarnya antara salah satu tugasan lecture aku. Kami diberi arahan untuk tulis apa-apa entri mengenai penulisan. Penulisan yang di maksudkan nie macam catatan kami sepanjang kami siapkan assignment la. 

Assiggnment kami diberi 5 tajuk utama antaranya CANTIK,MULIA,SETIA,ADIL,KOSONG. Aku pilih tajuk setia. Tak tau kenapa aku tertarik dengan tajuk nie. Bagi aku setia nie memang penting. Kalau xda setia kemungkinan hancur dunia nie. Dan setia nie bebas bagi sesiapa sahaja. 

Asalnya aku buat tajuk kasih ibu yang setia. At first tue aku igtkan senang nak dapatkan isi. Bila aku pergi library je satu buku psal tajuk nie xdew pon. So agak stress. Then aku pikir nak buat tajuk perpaduan dan kesetiaan. Maybe tajuk nie banyak sikit kot ulasan dekat buku.

Lepas tue aku pon cuba cari buku mengenai tajuk nie. Jumpa!!. Bila aku pergi dekat rak je. Tak jumpa. Hampeh betul. So aku buat dulu dia punya isi-isi. Bila aku tanya lecture aku . Dia cakap tajuk aku agak luas and umum. Dia cadangkan aku buat "Kesetiaan rakyat pemangkin kepada perpaduan masyarakat". Panjang tak??

So khamis nie aku kena hantar draf kasar nie. Hopefully ia memenuhi kehendak lecture aku. ~wish me luck~

~daa~