Yang Terakhir


::Assalamualaikum::

Akhirnya,aku berjaya jugak siapkan semua tugasan Pengantar Penulisan nie. Seharian aku buat. Nasib baik kelas cancel. Habis je kelas aku siap-siap mandi terus mengadap laptop. Dari pukul 3.00 petang sampai 10.00 malam. Makan pon dah tunggang terbalik dah.

So ini adalah entri terakhir aku buat untuk semester ini. Ini pon sebenarnya salah satu assignment aku jugak. So perjalanan terakhir aku dalam menyiapkan tugasan ini ialah kesukaran mencari bahan rujukan. Dalam tugasan ini aku dah include 7 rujukan. So aku bukan seorang plagiat ok :). Ha semalam Cik Kema sampai kena tidur bilik aku la sebab temankan aku buat assignment nie. Pukul 2 pagi baru tido sebab minum kopi. Overall kerja kami dua dah settle la.

Bahan yang aku cari banyak yang aku peroleh dari buku rujukan seperti buku kenegaraan dan hubungan etnik. Ye la, memang tajuk aku pon dalam bidang tue. So hari ni aku nak tunjuk dulu dekat Lecturer aku. Hopefully dia terima la. Nak dijadikan cerita,time kenegaraan aku ditayangkan dengan video-video tentang Bukit Kepung, Darurat dan Gerakan Al-Ma'unah. Semua nie banyak la yang aku gunakan dalam nak siapkan tugasan kali nie. Sebelum nie jugak aku ada join program LESTARI bawah HEP. Program nie berasaskan politik jugak, banyak maklumat yang aku dapat dan aku boleh gunakan dalam tugasan nie.

Mula-mula aku ingat aku xmampu nak siapkan sampai 2500 patah perkataan. Ye la, STPM dulu pon 700 patah perkataan pon merangkak. Niekan pula 2500. Aku ingat samapi 1000 lebih je. Tapi bila dah topup sikit isi-isi yang sedia ada. Cukup pulak. Bila aku sendiri baca macam mengarut je. Tapi tak tau la kalau ok. Ye la, jiwa penulis nie mana pernah puas dengan apa yang dia buatkan. So total semua kertas kerja aku ialah 11 pages with 2580 words. Unbelieveable!!!!! :)

~daaaaaaaaaaaaaa~

Entri ke Arba'ah


::Assalamualaikum::

Pejam celik pejam celik tinggal lagi satu entri untuk aku siapkan semua tugasan. Alhamdulillah. Berjaya jugak. Untuk paper work aku hari tue sudah diterima. Tak sangka plak dalam aku sempat tukar tajuk last minute pun masih diterima. 

Kali nie tugas kami semua adalah perlu siapkan full manuskrip berserta semua entri-entri blog. Aku tulis entri nie lambat bukan apa. Line dekat sini semput sangat. Malas nak tunggu lama-lama aku postpone la. Bila dan postpone bertimbun la kerja aku. So berbalik kepada tajuk assignment aku, dah banyak melalut dah nie.

Dalam assignment aku kali nie,aku ada senaraikan kepentingan kesetiaan rakyat nie kepada negara,ciri-ciri rakyat yang setia dan kesan buruk jika tiada kesetiaan dalam diri masyarakat. Serius aku cakap, assignment nie betul-betul buka mata aku tentang kepentingan kesetiaan kepada negara aman nie. Tambah-tambah aku sekarang dah banyak sangat didedahkan dengan politik dan isu luar negara.

Paling menarik perhatian aku, baru-baru nie aku ada join seminar yang bertajuk "menentang pengganas". Memang menarik sangat. Dalam tue ada menunjukkan tentang kesan menjadi pengganas dan macam-macam la berkaitan dengan pengganas. Video pon ada tunjuk. Ngeri sangat-sangat. So boleh aku rumuskan dekat sini kesetiaan kepada adalah penting. Lebih-lebih lagi terhadap bangsa dan negara. 

Aku kena submit tugasan nie 22 hb, aku exam plak 20 hb....pack gila. Assignment aku yang lain pon tak siap lagi. Study untuk final pon tak start lagi. Ha nie la bahagianya menjadi pelajar universiti. Apa-apa pon aku akan try la aturkan masa untuk siapkan semua nie dengan baik. InsyaAllah..:). Wait for my last entri..:)

~daa~